Tarikh Hari Ini

Selasa, Januari 03, 2012
Pada Hari Sabtu 17 Disember 2011 penduduk Kampung Pak Tijah telah bergotong Royong memasak bubur Asyura. Aktiviti ini sudah menjadi aktiviti tahunan bagi surau kami. Aktiviti ini melibatkan semua peringkat penduduk dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Pada hari ini, kerja memasak dimulakan seawal jam 9.00 pagi dan selesai pada waktu zohor.
Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan sekitar hari gotong royong memasak bubur asyura:
Sedikit maklumat berkaitan hari Asyura diperturunkan disini. Semoga dapat digunakan sebagai maklumat tambahan kepada pengujung blog ini.
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.
Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.
Bubur Asyura ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.
Bubur Asyura mesti mempunyai 10 jenis ramuan, jikalau lebih atau kurang, maka bubur tersebut bukan Bubur Asyura. Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat Bubur Asyura.
Jenis bubur Asyura
1.Jenis manis - Lazimnya di utara Semenanjung Malaysia.
2.Jenis berempah dan mengandungi daging - Lazimnya di pantai timur Semenanjung Malaysia.
3.Jenis seperti bubur lambuk yang mengandungi pelbagai ramuan seperti pisang, kacang hijau dan lain-lain - Lazimnya datang dari Singapura
Bahan2:
1. Segala jenis kacang : kacang hijau, putih, kuda dll. Beli RM1 setiap satu jenis
2. Jagung-10 batang atau jagung tin ~ 3 tin.
3. Ubi keledek, pisang awak-sedikit je.
4. Santan ~ 1 kg .
5. Gula melaka/kasar
6. Tepung gandum + tepung beras ~ 1 kg
Cara2:
1. Rebuskan kacan2 itu secara berasingan sbb ianya lambat embuk.
2. Rebuskan air bersama santan. Tunggu sampai mendidih.
3. Masukkan air kedalam tepung gandum & beras. Jangan sampai berketul.
4. Masukkan tepung diatas dan kacang2, ubi dan jagung.
5. Masukkan gula Melaka/gula kasar secukup rasa.
6. kacau sehingga likat..
Langgan:
Catatan (Atom)