Tarikh Hari Ini

Isnin, September 14, 2015
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian merupakan penghujung penghidupan dan kehidupan seterusnya disambung ke alam Barzah. Untuk memberi kemahiran tentang pengurusan jenazah, satu kursus pengurusan jenazah telah diadakan pada 10 Oktober 2014. Kursus disertai oleh lebih kurang 45 orang peserta dari kalangan penduduk pak tijah dan kampung-kampung berdekatan.
Gotong Royong Persipan Penilaian Surau dan Masjid Terbaik Sempena Maal Hijrah 2014 (1435M)
Tahun 2014 merupakan kali kedua Surau Kampung Pak Tijah dicalonkan dalam pertandingan Surau terbaik. Kali pertama adalah pada tahun 2013. Pada kali pertama banyak kekurangan di pihak surau. Banyak kriteria yang termasuk dalaum syarat pertandingan belum dapat dipenuhi. Pada tahun 2013 Surau Pak Tijah tidak mendapat apa-apa tempat. Pengalaman pada tahun 2013 menjadi pengajaran untuk kita berusaha lebih gigih dalam melengkapkan surau mengikut kriteria-kritria yang diperlukan. Pada tahun 2014 Surau Pak Tijah berjaya mencapai tempat ke_4 dengan hadiah sebanyak RM500 berserta trofi. Berikut adalah aktiviti-aktiviti gotong royong membersih dan mengemas surau.
![]() |
Tambah kapsyen |
Ahad, September 13, 2015
IBADAH KORBAN DI SURAU PAK TIJAH 2013
Program ibadah korban di surau Pak Tijah dirancang terlebih awal dengan cara menabung duit secara beransur-ansur. Tn. Hj. Hashim bin Baki telah mengambil inisiatif ini dan berliau bertindak sebagai bendahari bagi program koban. Peserta mebayar wang secara beransur-ansur sehingga cukup untuk bahagian korban yang diperlukan.
Daging korban yang telah diagihkan mengikut bahagian yang disertai diserahkan kepada kepada peserta. Agihan daging-daging ini bergantung kepada peserta sendiri. Terdapat juga peserta menyerahkan daging-daging supay ajk program korban mengagihkan kepada orang ramai.
PANDUAN IBADAH KORBAN
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL at 8:12 PM
Maksud ibadah korban
1. Ibadah korban bermaksud; menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah.
2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.
Hukum ibadah korban
1. Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad. Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat ini menjadi wajib jika dinazarkan.
2. Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).
3. Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.
Fadhilah ibadah korban
1. Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan).
2. Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” (Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).
Syarat-syarat binatang korban
1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).
2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.
2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).
3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.
Perkara yang disunatkan ke atas orang yang melakukan korban
1. Tidak membuang apa-apa rambut/bulu dan kuku dari badannya sehinggalah selesai korbannya di sembelih (Soheh Muslim; 1977).
2. Menyembelih sendiri korbannya jika mampu. Jika tidak mampu, sunat melihat binatang korbannya disembelih.
3. Ketika sembelihan dilakukan sunat ia mengucapkan seperti berikut;
· إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
· اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنّيْ وَأَهْلِيْ بَيْتِي
“Ya Allah, terimalah korban ini dariku dan dari ahli keluargaku”.
Cara pengagihan daging korban
1. Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).
2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.
3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.
4. Dilarang menjual apa-apa bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.
5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.
6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.
***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***
Surau Sebagai Tempat Pembangunan Insan
Surau Kampung Pak Tijah Semakin Berkembang Pesat dari tahun ke tahun. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini fizikal Surau Kampung Pak Tijah telah banyak berkembang dan berubah. Dengan kerjasama AJK surau yang ada, banyak aktiviti telah dijalankan. Berikut adalah antara aktiviti yang pernah dijalankan:
Kuliah agama oleh Ustaz Hishammuddin: Kuliah ini diadakan ada hari ahad malam isnin,
Selepas solat maghrib dan tamat pada pukul 9.00 malam.
Pada hari Selasa mulai selepas solat maghrib kelas fardu ain dikendalikan oleh Ustaz Yusof.
Kelas Al-Quran juga diadakan pada hari rabu. Masa perjalan kelas ini berlangsung mulai selepas solat maghrib hingga solat isyak. Kadang kala kelas dini disambung lagi selepas solat isyak.
Kuliah bulanan pula disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhar. Ustaz Khairul Azhar merupakan salah seorang imam Masjid Losong Datuk Amar.
Kuliah agama oleh Ustaz Hishammuddin: Kuliah ini diadakan ada hari ahad malam isnin,
Selepas solat maghrib dan tamat pada pukul 9.00 malam.
Pada hari Selasa mulai selepas solat maghrib kelas fardu ain dikendalikan oleh Ustaz Yusof.
Kelas Al-Quran juga diadakan pada hari rabu. Masa perjalan kelas ini berlangsung mulai selepas solat maghrib hingga solat isyak. Kadang kala kelas dini disambung lagi selepas solat isyak.
Kuliah bulanan pula disampaikan oleh Ustaz Khairul Azhar. Ustaz Khairul Azhar merupakan salah seorang imam Masjid Losong Datuk Amar.
Langgan:
Catatan (Atom)